Peguam persoal tindakan SPRM jalankan siasatan sendiri

SHAH ALAM- Seorang pengamal undang-undang mempersoalkan kewajaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan dalaman terhadap pegawainya yang ditahan atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

Peguam, David Gurupatham berkata, tindakan SPRM menyiasat sendiri kes tersebut bakal mencalarkan kredibiliti badan tersebut di mata masyarakat.

“Kalau kita lihat terdapat beberapa kesalahan lain dalam dakwaan tersebut seperti tuduhan mencuri, pemalsuan wang dan merosakkan bahan bukti.

“Semua kesalahan itu berada di bawah kanun keseksaan dan bukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara bersama Datuk Seri Wong Chun Wai bertajuk ‘Can MACC Probe Itself’ yang diadakan secara dalam talian di Facebook Chun Wai pada Jumaat.

Hadir menjadi panel pada program tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Pada Isnin, SPRM mengesahkan penahanan tiga pegawainya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan.

SPRM dalam satu kenyataan menegaskan bahawa suruhanjaya itu tidak akan melindungi pegawai terlibat jenayah.

For More Information please visit to:
Sources: Click Here

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.